Assalamualaikum...
Kalo korang baca entry nie,sbnrnya aq da taip awal2x lagi dah..then put as a draft sbb in case xde bahan nk update kan..so now kire xd bahan nk update la nieh..hehehe
Today aq nak share ngan korang ttg beberapa jenaka/lawak yang maybe ade da tau and ad yang belum tau and yang buat2 tau..lalala
AKSI MOGOK PEKERJA
Suatu hari di sebuah kilang kasut, perkerjanya melancarkan mogok beramai-ramai. Mereka tidak puas hati dengan bayaran yang diterima di atas kerja berganda mereka. Semua pekerja menuntut kenaikan gaji. Setelah membuat rundingan sesama sendiri, mereka memutuskan membuat pengumuman kepada majikan syarikat tersebut.
"Kami akan bekerja seperti biasa, tetapi kami hanya akan membuat kasut sebelah kanan sahaja, selebihnya kami akan buat setelah gaji kami dinaikkan. Terima kasih."
SALAH FAHAM
Alias seorang pemuda kampung mencari kerja dalam ruangan Classified surat khabar. Dia menghadiri satu temuduga dan berjaya mendapat jawatan sebagai 'Production Operator' di sebuah kilang elektronik milik warga Amerika. Majikannya seorang 'mat salih' dan tidak pandai bertutur bahasa Melayu. Setelah beberapa hari bekerja, majikannya bertanyakan kepada Alias dalam bahasa Inggeris,
"Good Morning Alias! How do you find this job ?"
Alias menjawab " Oh, I found this job in the newspaper."
Terpinga-pinga majikannya dengan jawapan yang diberikan.
AYAH MANGSA KORBAN
Seorang wartawan membuat liputan di sebuah tempat kemalangan. Kerana lewat tiba, ramai orang dan wartawan lain sudah mengerumini tempat kejadian. Wartawan itu menghadapi kesukaran melihat mangsa korban dengan lebih dekat. Kemudian wartawan itu mendapat akal yang bernas. Secara tiba-tiba dia menjerit,
"Ke tepi... ketepi semua,SAYA AYAH MANGSA KORBAN!" "Minta laluan."
Orang ramai memberi laluan kepada wartawan itu sambil memandang terus kepadanya. Didalam hatinya dia berasa bangga akan tindakannya itu. Sampai di hadapan, dia terkejut apabila melihat rupa-rupanya SEEKOR ANAK LEMBU yang mati dilanggar lori.Aduh,malunya...
KERJA MASA DEPAN
Sarah seorang pelajar Ijazah Reka Bentuk Fesyen. Satu hari, ibunya bertanyakan Sarah apa yang dia ingin buat setelah habis belajar nanti. Sarah menjawab,
"Sarah nak goyang kaki je mak, pasti dapat duit."
Ibunya marah dan tiba-tiba menampar anaknya,
"Berani kamu loyar buruk dengan mak kamu ye! Kamu ingat goyang kaki boleh bagi kamu duit ke!"
Setelah ibunya mengherdiknya, Sarah menjawab,
"Kenapa dengan mak ni, saya nak menjahitlah mak, kan guna mesin jahit pakai kaki ?"
Ibunya sedar,
"Betul juga kata kamu tu."
Kesian Sarah xpsal-pasal kena tampar dengan ibunya.
USAHAWAN MUDA
Seorang usahawan muda baru sahaja membuka firma sendiri. Dia menyewa sebuah bangunan pejabat yang sangat cantik dilengkapi penuh dengan perabot antik. Ketika pemuda itu duduk di bilik pejabatnya, dia terlihat seorang lelaki menmghampiri pejabatnya. Dengan perasaaan ingin menunjuk-nunjuk, tiba-tiba dia mengankgat telefon dan mula berpura-pura berbincang mengenai bisnes besar bersama pengusaha lain. Dia menyuruh lelaki itu menunggunya di luar. Usahawan itu akhirnya meletakkan telefon. Dia menyuruh lelaki itu masuk dan bertanya,
"Boleh saya bantu ?"
Lelaki itu membalas,
"Ya, saya dari Telekom dan saya datang untuk mengaktifkan telefon di syarikat encik."
Sumber : GLAM lelaki Mac/April 2011