Thursday, June 02, 2011

Passive Smoker



Passive smoker or perokok pasif..
SELAMA ini kita sering dimaklumkan mengenai bahaya merokok tetapi tahukah anda kesan yang mungkin didapati oleh penghidu asap rokok adalah lebih tinggi berbanding perokok itu sendiri.”

Laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar California pada 1997, menganggarkan 147 hingga 251 orang bagi setiap sejuta perokok pasif di California mati akibat penyakit membabitkan tembakau. Jika kadar yang sama digunakan oleh Kesatuan Eropah, kematian membabitkan perokok pasif boleh menjangkau 55,000 hingga 94,000 mangsa setiap tahun manakala di China boleh mencatatkan kematian sebanyak 185,000 hingga 317,000 orang.

Sebenarnya, asap rokok menggabungkan ribuan bahan kimia dan sekurang-kurangnya 40 bahan dalam asap rokok itu boleh menyebabkan kanser. Asap rokok juga mengandungi banyak karbon monoksida, iaitu gas yang menghalang kemampuan darah untuk membawa oksigen kepada tisu badan termasuk organ penting seperti jantung dan otak serta boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.

Pendedahan kepada asap rokok boleh memberi kesan jangka panjang atau segera kepada kesihatan manusia. Kesan segera ialah rasa gatal dan pedih mata, hidung, tekak dan paru-paru.

Dalam kes ini, perokok pasif, yang kebanyakan lebih sensitif terhadap kesan toksid tembakau berbanding perokok boleh mengalami masalah sakit kepala, pening dan muntah serta memberi tekanan terhadap jantung dan menjejaskan keupayaan paru-paru mengguna dan menyedut oksigen.

Kesan jangka panjang kepada perokok pasif ialah peningkatan kadar penyakit jantung dan kanser selepas beberapa tahun terdedah kepada asap rokok.

Bagi penghidap asma, asap rokok boleh menyebabkan serangan penyakit itu serta-merta dan sebahagian besar daripada pesakit asma menderita akibat rasa kurang selesa selepas terdedah kepada asap rokok.

Kepekaan kanak-kanak terhadap asap rokok juga perlu diberi perhatian utama daripada segi perubatan dan etika. Paru-paru kanak-kanak yang lebih kecil dan sistem ketahanan badan mereka yang lemah memudahkan mereka menghadapi masalah jangkitan pada telinga dan pernafasan apabila terdedah kepada asap rokok.

Memandangkan mereka bernafas lebih cepat daripada orang dewasa, pencemaran bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan apabila terdedah kepada asap rokok adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Lagipun, kanak-kanak tidak mempunyai pilihan menyebabkan mereka tidak mampu meninggalkan bilik yang dipenuhi asap rokok walaupun berasa tidak selesa berada dalam keadaan itu.

Dalam pada itu, hasil kajian mengenai kesan asap rokok terhadap kanak-kanak mendapati:

- Pendedahan kepada asap tembakau menyebabkan berlaku peningkatan penyakit bronkitis, pneumonia dan masalah pernafasan.

- Asap rokok boleh menyebabkan jangkitan telinga yang serius.

- Kanak-kanak yang menghidap asma boleh diserang penyakit itu secara tiba-tiba apabila terdedah kepada asap rokok.

- Pendedahan kepada asap rokok juga menyumbang kepada peningkatan kes sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).

- Wanita mengandung yang merokok dan wanita mengandung tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok boleh mengurangkan berat badan bayi yang dilahirkan. Bayi itu juga mudah menghadapi masalah kesihatan dan kemampuan pembelajaran yang rendah.

Sementara itu, asap rokok menjadi satu ancaman di tempat kerja. Toksik dan karsinogen disebarkan dengan cepat di pejabat, hotel, restoran dan tempat tertutup.

Kebanyakan pekerja yang bekerja di tempat itu tidak mampu mengubah keadaan persekitaran tempat kerja mereka malah tidak berusaha meninggalkan jawatan demi menjaga kesihatan mereka.

Pada kebanyakan kes iaitu dalam keadaan suasana tempat kerja bebas asap rokok tidak dijamin, pekerja mendapati mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja dalam keadaan yang boleh menjejaskan kesihatan.(kredit to 
http://typerisalah.blogspot.com)


motifnya nak ckp aq xsuka perokok2 nieh..
lagi2 yg xpikir ttg org laen..xpikir kat mn dorg merokok..erghhh




No comments:

Followers

free counters