Tuesday, June 25, 2013

Renew Roadtax dan Insurance Extention


Salam..
haa tetibe nak update blog ni..tujuannya nak kongsi pengalaman, terutamanya bagi mereka yang dah sampai waktu nak renew roadtax kereta dan insurance.. bagi mereka yang first time nk renew info ini sgtla berguna ye.. dan lebih berguna bagi mereka yang beli kereta terpakai seperti aku..huks

Situasi aku adalah seperti berikut :
  • Aku beli kereta terpakai pada December 2012.
  • Period of Insurance cover : 6 Dec 2012- 6 Dec 2013.
  • Time beli roadtax masih hidup sehingga 26 June 2013.


So, hari ni 25 June 2013 aku nak renew la roadtax aku yang bakal expired esok, 26 June 2013 tu.
Cubalah guna MYEG..pastu xboleh..katanya kereta aku ni xde rekod insurance.. cuak da aku time tu sebab ye la aku da bayar RM2XXX kot utk insurance..tibe2 ko ckp xde rekod..grrr

Dengan gigih, terus la google ape masalahnya..sebab yang aku tahu, kalo nak renew roadtax, 
Insurance mesti hidup..al-kisahnya mmg insurance aku masih valid sehingga 6 Dec 2013.

Setelah dikaji dan bertanya sana sini, aq xdpt renew roadtax sebab tempoh minimum nk renew roadtax adalah 6 bulan.. maksudnya aku kene renew roadtax untuk tempoh 26 June 2013 sehingga 26 Dec 2013.. Tapi insurance aku cover smpi 6 Dec 2013 je kan..
Penyelesaiannya adalah aku perlu buat extention insurance cover..
tempoh yang aku perlu extend adalah dari 6 Dec-26Dec 2013 bersamaan 21 hari..
Nak tau berapa jumlah yang perlu dibayar, sila rujuk cover note policy anda..

Sebagai contoh, premium aku bayar last year adalah RM2150.50.. ko amik jumlah ni ko bahagi la dengan 365 hari..pastu darab dengan berapa hari ko nak extend..so ko kena la bayar jumlah tersebut..macam aku kene extend utk 21 hari..so RM2150.50 bahagi 365 hari = RM5.89/day
darab dengan 21 day dapat la RM123.73.. ni la jumlah yg aku perlu bayar..
pastu ko terus boleh renew roadtax.. mcm aku terus je renew kat situ..
Oh aku buat ni kat Ambank Jalan Beserah Kuantan..sepatutnya kene gi AmAssurance Berhad..tapi sebab kebetulan kakak aq kerja kat situ, so cpt sikit urusan..hehe

Alhamdulillah dpt la bawak kereta dengan tenang utk tempoh 6 bulan lagi sebelum nk renew roadtax dgn insurance..gugur la rambut bulan Dec ni..huhu
K harap info ni berguna..kalo salah, tolong betulkan ye..
Bye.



Followers

free counters